FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.
VISI
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
SLOGAN
Sekolahku Gemilang.
ASPIRASI
SMKSI TOP 5
FALSAFAH SEKOLAH.
Pendidikan di SMK Sultan Ibrahim adalah satu usaha berterusan berpandukan prinsip kepercayaan kepada Tuhan:
- Bahawasanya setiap pelajar berhak mendapat pendidikan yang sempurna kerana mereka mempunyai kebolehanan potensi untuk berkembang maju dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
- Bahawasanya semua ahli keluarga sekolah mempunyai daya usaha yang tinggi dan semangat berpasukan yang merentasi segala perbezaan serta berupaya membuat keputusan secara muafakat atau musyawarah demi rasa sepunya.
- Bahawasanya warga pendidik di sekolah ini memiliki kebijaksanaan, kesungguhan, keiltizaman, pengetahuan dan kemahiran berupaya memupuk budaya ilmu dalam diri pelajar untuk melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu dan kebenaran serta meletakkan ilmu di tempat yang tertinggi dalam sistem nilai hidup mereka.
- Bahawasanya sekolah ini mampu menjadi landasan utama sebagai citra dan intipati sebuah keluarga yang harmoni serta penuh kasih sayang.
- Bahawasanya sekolah ini sedia menjadi gelanggang untuk melahirkan insan yang mampu mengamalkan dan menghayati budaya cemerlang dalam setiap aspek kehidupan.