Translate

I make kids wonder,

I make them question,

I make them criticize,

I make them apologize and mean it,

I make them write, write and write,

And then make them read.

I make them spell

Over and over and over again until they will never misspell

either one of those words again.

I make them show all their work in maths,

And hide it on their final drafts in English.

I make them understand that if you got this ( brains)

Then you follow this ( heart) and if someone ever tries to judge you

By what you make, you give them this ( the finger).

Let me break it down for you, so that you know what I say is true:

I make a difference! What about you?

- Taylor Mali

Pages

Sejarah Sekolah

Sebagai sebuah sekolah yang tertua  di Daerah Kulaijaya, SMK Sultan Ibrahim mempunyai sejarah perkembangannya yang tersendiri. 

Pada awal tahun kemerdekaan  murid-murid yang mahu meneruskan pelajarannya ke peringkat sekolah menengah ,  terpaksa pergi ke Bandar Johor Bahru kerana tiada sekolah menengah di Daerah Kulaijaya ketika itu. 

Oleh kerana keperluan  sekolah yang amat mendesak, En. J. Swantson telah berusaha untuk mendapatkan tempat  yang sesuai bagi murid-murid menyambung pelajarannya ke sekolah menengah di daerah Kulai.
Kemudian , pada tahun 1961, kelas-kelas peralihan  telah di dibuka dan ditempatkan di Sekolah Rendah Inggeris Kulai di bawah naungan En. J Swantson.

Walau bagaimanapun oleh kerana sekolah ini tidak dapat menampung  sejumlah murid, maka pada tahun 1962, murid-murid  ini telah dipindahkan  pula ke sebuah sekolah di Jalan Kota Tinggi yang ketika itu di gelar sebagai sekolah Perkuburan kerana sekolah tersebut berhampiran dengan tanah perkuburan cina.

Seterusnya pada tahun 1964, apabila pertambahan bilangan murid sekolah menengah yang semakin ramai, maka murid-murid ini ditumpangkan pula di Sekolah Rendah Jenis  Kebangsaan Cina Kulai.

Akhirnya pada tahun 1965, sebuah sekolah menengah telah berjaya di bina dan diberi nama Sultan Ibrahim School.

Maka pada bulan Jun 1965, semua murid sekolah menengah di Bandar Kulai termasuk  murid  yang tinggal di Saleng, Senai dan Kelapa Sawit  telah memulakan persekolahannya di Sultan Ibrahim School. Pengetua pertama sekolah ini ialah En. M.G Parry.

Pada awal pembukaannya , sekolah ini hanya mempunyai  3 blok bangunan  iaitu Blok A, B dan C . Semua blok bangunan ini masih kekal hingga ke hari ini.

Masa terus berlalu. Sejajar dengan perkembangan semasa,  nama Sultan Ibrahim School telah bertukar  kepada  Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim Kulai. 

Kini  setelah 44 tahun berlalu, sekolah ini telah mengalami perubahan fizikal yang besar dengan mempunyai  9  blok bangunan  termasuk bangunan makmal komputer, dan sebuah blok sedang dalam pembinaan.

Sekolah ini juga telah dilengkapi dengan sebuah dewan serbaguna , surau  dan tembok pagar batu,  hasil daripada sumbangan ibu bapa, guru-guru, badan korporat dan orang perseorangan.                                        

Antara  kemudahan untuk proses  pengajaran dan pembelajaran yang disediakan di sekolah ini ialah 34 buah bilik darjah, sebuah perpustakaan, 9  makmal sains, bengkel kemahiran hidup,bilik kaunseling, bilik seminar , bilik mesyuarat, bilik dokumentasi, dan makmal komputer.

“Fide Et Fiducia” merupakan moto  asal sekolah ini, tetapi mulai tahun 1980 moto ini telah diganti dengan Usaha  Jaya Budi. Satu rangkaian kata-kata yang mudah difahami tetapi mempunyai pengertian yang sungguh bermakna untuk dijadikan asas pegangan warga sekolah sepanjang masa.

Manakala ‘Sekolah Unggul Penjana Generasi Gemilang’ dipilih sebagai visi sekolah yang terbaru. Visi ini digunakan untuk panduan bagi murid-murid mencapai kegemilangan yang berterusan di sekolah ini. Visi ini dalah visi yang digunakan di seluruh negeri.

Selari dengan visi yang dipilih, misi Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim adalah ‘Membangunkan Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti’. Misi ini dipilih berdasarkan kemamapuan dan kecemerlangan yang ditunjukkan oleh murid-murid dan juga tenaga pengajarnya. Misi ini bertujuan sebagai jambatan untuk melihat ke mana arah tuju di masa hadapan.

Setiap perlaksanaan mempunyai matlamat. Sasaran dan matlamat sekolah ini yang ingin dicapai pada tahun 2013 adalah akan mempunyai barisan pemimpin sekolah yang berbudaya cemerlang dengan penekanan kepada mutu kerja dan produktiviti yang tinggi.

Selain itu mempunyai guru yang intelek, berkualiti tinggi, berpandangan jauh dan progresif dengan penekanan kepada pangajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah matlamat yang ingin dicapai.

Sejajar dengan itu, melahirkan pelajar yang berkualiti dari aspek potensi individu dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum dan sahsiah diri sesuai dengan keperluan pasaran kerjaya global pada hari ini merupakan harapan pada masa hadapan.

Memori SMKSI

Guru-Guru Sesi Petang

Photobucket
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket Photobucket